Sambutan Hari Saidatina Khadijah

Sambutan Hari Saidatina Khadijah yang diadakan pada 14 Ogos 2016 di Hotel Perdana, Kota Bharu adalah satu inisiatif kerajaan negeri Kelantan utk mengiktiraf dan menghargai sumbangan dan peranan wanita khususnya d negeri Kelantan. Bersempena dgn Tahun Melawat Kelantan 2016, sambutan Hari Saidatina Khadijah 2016 telah diperluaskan ke peringkat antarabangsa.

Di antara program di sepanjang sambutan Hari Saidatina Khadijah ialah persidangan wanita muslimah antarabangsa. Persidangan ini memberi pendedahan tentang cabaran semasa,polisi dan amalan terbaik kerajaan terhadap wanita Islam dan merangka pelan tindakan strategik ke arah menghasilkan amalan terbaik untuk wanita di tempat masing-masing.

Cogan ‘Agar Dirimu Semulia Khadijah’ menjurus kpd mengangkat martabat dan meletakkan nama Saidatina Khadijah dan personaliti Saidatina Khadijah sebagai ikon semua wanita dalam semua aspek kehidupan peribadi,keusahawanan,keluarga,politik dan masyarakat. Sumbangan YANAS bukan sahaja dari segi wang ringgit tapi dari segi sokongan memberi pendedahan tentang isu-isu wanita & seminar sebegini dapat memberi gambaran isu2 wanita terkini yg dihadapi oleh wanita sama ada di Malaysia mahupun di luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *